Pasaria My Best Buy@MCTC Kem Penrissen dapat sambutan hangat

Orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjunginPasaria My Best Buy@MCTC Kem Penrissen.

KUCHING, April 9: Briged Ketiga Infantri telah mengadakan Pasaria My Best Buy@MCTC Kem Penrissen di perkarangan MCTC Kompleks Kem Penrissen pada April 7 dan 8 lepas.

Program jualan Pasar Ria My Best Buy tersebut telah dipertanggungjawabkan kepada Cawangan Perumahan 3 Briged yang diketuai oleh Mejar Ejau Ajot.

Selain memenuhi aktiviti masa lapang, program itu juga mampu membantu warga tentera dan rakyat tempatan dari sudut ekonomi serta perbelanjaan harian dengan promosi yang ditawarkan di Pasar Ria tersebut.


Seramai kira-kira 500 orang pengunjung telah bertandang ke Kem Penrissen di sini bagi menikmati tawaran menarik yang disediakan.

Pasar Ria My Best Buy juga merupakan hasil kerjasama dengan FAMA, LKIM, MCTC dan NBOS bersama ATM.

Selaku penaung MCTC, Panglima 3 Briged, Brigadier Jeneral, Mohd Bustaman Mat Zin amat berpuas hati dengan program yang telah dilaksanakan dan berazam untuk melaksanakan Downtown MCTC pada April 27 dan 28 depan. — DayakDaily