Pakcik durjana, nodai anak saudara hingga hamil 8 bulan ditahan polis

Suspek (tengah) ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIR, 13 April: Perbuatan keji seorang lelaki berusia 49 tahun yang tergamak menjadikan anak sadaranya sebagai pemuas nafsu sejak Julai 2021 terbongkar apabila mangsa didapati hamil lapan bulan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Mohd Sabri Zainol, perbuatan terkutuk itu terbongkar apabila ibu mangsa membawa anak gadisnya itu ke sebuah hospital bagi melakukan ujian kehamilan selepas melihat kelakuan aneh pada mangsa.


“Selepas pemeriksaan perubatan pada April 10 yang lalu di Daerah Lundu, mangsa telah disahkan hamil lapan bulan,” ujarnya.

Siasatan awal mendapati, semasa kejadian rogol tersebut, mangsa yang tidur di ruang tamu bilik di dalam sebuah rumah panjang di Sungai Tibus Niah mendakwa telah diangkat oleh suspek masuk ke dalam kamar tidur.

Susulan, ibu mangsa telah tampil membuat satu laporang polis berhubung kejadian.

Difahamkan, kerana takut dengan ugutan suspek, pengadu dan mangsa telah lari ke Lundu dan membuat laporan polis disana.

“Bertindak dari laporan itu, suspek yang juga sepupu kepada bapa mangsa telah kita tangkap pada Selasa (12 April) di Niah untuk membantu siasatan kes,” kata Sabri.

Suspek ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri sekitar jam 5.15 petang di perkarangan sebuah rumah panjang di Sungai Tibus Niah.

Kertas siasatan dibuka dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol. ā€” DayakDaily