Orang luar diminta tangguh aktiviti ziarah, memburu, memancing ke Mukah

Penduduk kawasan luar (orang luar) diminta agar tidak menjalankan aktiviti seperti ziarah-menziarahi, memburu atau memancing terutamanya di kawasan penduduk rumah panjang.

MUKAH, 1 May: Orang ramai khususnya penduduk di luar kawasan daearah Mukah diminta untuk menanangguhkan sebarang aktiviti seperti ziarah-menziarahi, memburu atau memancing ke kawasan kampung atau rumah panjang lain di daerah berkenaan.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mukah dalam satu kenyataan semalam (30 April) berkata, gesaan itu dilakukan pada masa ini bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 terutamanya di kawasan rumah panjang di daerah terbabit.

“Penduduk kawasan luar (orang luar) diminta agar tidak menjalankan aktiviti seperti ziarah-menziarahi, memburu atau memancing terutamanya di kawasan penduduk rumah panjang dibawah seliaan Penghulu Empaling Beji, Penghulu Mawar Awang dan Penghulu Thomas Tayai,” kata kenyataan itu


Kata kenyataan itu, berdasarkan penelitian Jawatankuasa berkenaan, kebanyakkan kes jangkitan yang di kesan di Daerah Mukah dan Daerah kecil Balingian berpunca daripada aktiviti sosial seperti menziarahi ahli keluarga yang berada dari luar kawasan berkenaan.

Justeru katanya, kerjasama daripada semua pihak amat penting agar usaha untuk melandaikan kadar jangkitan melibatkan dua kawasan terbabit dapat dilakukan dengan lebih efektif dan berkesan. — DayakDaily