NSJA akan mengadakan mesyuarat agung tahunan serta pelantikan ahli jawatankuasa

Presiden NSJA, Andy Jong.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 13 March: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) serta pelantikan ahli jawatankuasa bagi penggal 2021-2022 pada 24 Mac 2021 jam 9.00am di Bilik Dynasty 4 tingkat bawah di Dynasty Hotel Miri.

Menurut presidennya Andy Jong Wan Joon, AGM akan memilih ahli jawatankuasa baharu NSJA untuk penggal 2021-2022.  Semua ahli NSJA diminta untuk menghadiri mesyuarat pada waktu yang dijadualkan.


Andy berkata, beliau telah minta nasihat dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Miri dan mendapat kelulusan dari pejabat Residen Miri serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Miri dibenarkan untuk mengadakan AGM serta pelantikan ahli jawatankuasa bagi penggal 2021-2022 dengan mematuhi prosedur operasi standard.

“Kita akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengurusan bencana negeri sarawak, dengan memastikan maksima orang mengikut 50% kapasiti ruang tempat, mewajidkan memakai pelitup muka, menyukat saringan suhu badan, memastikan jarak social yang telah ditetapkan.

“Selama saya berkhidmat dalam dua tahun terakhir, terima kasih kepada para ahli dan pelbagai organisasi yang telah memberikan sumbangan dan sokongan kuat kepada NSJA, demi menjayakan setiap aktiviti yang melibatkan NSJA,” kata beliau.

Jong telah memegang jawatan presiden NSJA selama dua penggal mulai tahun 2017.

Dia juga mengingatkan semua ahli untuk membayar yuran tahunan (2021) sebanyak RM12 semasa menghadiri AGM. – DayakDaily