Nanta: Dakwaan Anwar harga ayam RM3 sekilogram tidak benar

Nanta (dua dari kanan) ketika melawat ke gerai menjual ikan di Pasar Basah Kubah Ria di Kuching hari ini.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Mei 24: Dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa harga ayam pada musim perayaan (Aidilfitri) ketika zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah adalah RM3 sekilogram tidak benar.

Menyangkal dakwaan tersebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, harga maksimum ayam ketika itu adalah RM7.50 sekilogram.


Katanya, ia sama seperti harga maksimum yang ditetapkan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) ketika ini.

ā€œSaya terkilan dengan dakwaan Anwar bahawa kononnya harga ayam pada musim perayaan (Aidilfitri) ketika zaman PH memerintah adalah RM3 sekilogram, berbanding harga ketika ini RM7.50 sekilogram.

ā€œJika Anwar terlupa, saya ingin mengingatkan beliau semula, pemeriksaan rekod yang diwartakan sebelum ini mendapati, sebenarnya harga maksimum ayam ketika itu adalah RM7.50 sekilogram.

ā€œBeliau (Anwar) juga boleh bertanya semula dengan bekas Menteri KPDNHEP ketika itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk kepastian memandangkan warta SHMMP yang lalu turut ditandatangani oleh beliau,ā€ kata Nanta.

Beliau berkata demikian pada sidang media selesai lawatan ke Pasar Basah Kubah Ria bersempena SHMMP Hari Raya Puasa dan Hari Gawai di sini, hari ini.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat dakwaan tersebut dalam satu sesi ā€˜liveā€™ di laman Facebook rasminya.

Pada sesi tersebut, Anwar turut berkata bahawa KPDNHEP lambat bertindak dalam mengawal harga barangan menjelang musim perayaan kali ini.

Menurut Nanta lagi, penetapan harga barangan pengguna bukan bersifat politik, sebaliknya menggunakan mekanisme tertentu yang ditetapkan oleh pegawai pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan.

ā€œMekanisme ini sama seperti yang digunakan ketika zaman pentadbiran PH sebelum ini.

ā€œMalah, sebenarnya dalam SHMMP kali ini, KPDNHEP membuat penambahan barang kawalan iaitu sebanyak 35 barangan berbanding 27 barangan pada 2019 ketika negara berada di bawah pentadbiran PH,” ujar beliau lagi.

Justeru, Nanta menyeru kepada pihak pembangkang termasuk Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen untuk tidak mempolitikan SHMMP.

Menurut beliau, Chong yang juga bekas timbalan menteri KPDNHEP seharusnya faham bahawa pelaksanaan SHMMP adalah untuk menjaga kepentingan pengguna dan pembekal.

ā€œSaya tidak mahu terikut-ikut dengan mainan politik pihak pembangkang, tumpuan saya adalah menjaga kepentingan pengguna dan pada masa yang sama menjaga kepentingan peniaga.

ā€œPeniaga kecil-kecilan ini bukannya banyak untung, mereka perlu sedikit keuntungan untuk kekal berniaga dan kita memerlukan mereka untuk berniaga,ā€ katanya.

Tegas Nanta, SHMMP ini bukan sahaja dilaksanakan pada Perayaan Hari Raya Puasa, tetapi turut dilaksanakan pada Perayaan Hari Gawai dan Pesta Keamatan iaitu sehingga 3 Jun 2020.

Pada lawatan tersebut beliau berpuas hati dengan pematuhan pelaksanaan SHMMP oleh peniaga-peniaga di Pasar Basah Kubah Ria.

Turut hadir Pengarah KPDNHEP Sarawak Datuk Stanley Tan. -DayakDaily.