Muhyiddin umum Strategi Pelan Pemulihan Negara merangkumi 4 fasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUCHING, 15 JUN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Strategi Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi empat fasa dan akan melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat.

Katanya, setiap fasa pelan pemulihan ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

ā€œIndikator Pertama ialah keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian. Indikator Kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di
Wad ICU.


ā€œDan Indikator Ketiganya ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikanvaksin,ā€™katanya.

Tambah Muhyiddin, pendekatan secara berperingkat ini bermula dengan Fasa Pertama iaitu pelaksanaan PKP Menyeluruh yang sedang dilaksanakan sekarang dalam keadaan bilangan kes COVID-19 adalah tinggi, sistem
kesihatan awam di tahap kritikal dan kadar pencapaian vaksinasi yang masih rendah.

Menurut beliau, kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua PKP setelah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes.

Ia mengambil kira sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.

Mankala bagi Fasa Kedua jelas Muhyiddin, ia merupakan kesinambungan daripada Fasa Pertama dengan aktiviti sosial dan kawalan pergerakan terus dikawal dengan ketat.

ā€œSemasa Fasa Kedua aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80% di premis.

ā€œPendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup,ā€™ujar beliau.

Tambah Muhyiddin lagi, senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor dan aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

ā€œPenambahan sektor senarai positif semasa Fasa 2 termasuk aktiviti pembuatan seperti simen untuk memastikan kelangsungan pembinaan yang dibenarkan serta aktiviti peruncitan seperti barangan elektronik dan komputer bagi menyokong mereka yang bekerja dari rumah.

ā€œSemasa Fasa 2, dengan pendekatan senarai positif, masih terdapat aktiviti pembuatan, pembinaan, peruncitan dan perkhidmatan yang tidak disenaraikan dan kekal tidak beroperasi seperti pembuatan tekstil dan kedai perabot,ā€™katanya.

Sementara itu jelas Muhyiddin, Fasa Ketiga pula melibatkan peralihan daripada pendekatan senarai positif kepada senarai negatif, iaitu di mana semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19 yang masih ditutup.

ā€œKita boleh beralih kepada Fasa Ketiga sekiranya kita berjaya mencapai purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 2 ribu kes, sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi.

ā€œDan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin dan nilai ambang ini dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir bulan Ogos 2021,ā€™ujar Muhyiddin. ā€” DayakDaily