Menara telekomunikasi Kampung Karu, Padawan musnah terbakar

Keadaan menara telekomunikasi Sacofa yang musnah terbakar.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 8 Nov: Stesen menara telekomunikasi Sacofa di Kampung Karu, Padawan musnah 100 peratus dalam satu kebakaran petang semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat Siburan tiba di tempat kejadian pada jam 5.36 petang setelah menerima penggilan kecemasan pada jam 5.08 petang.

Api berjaya dipadam pada jam 6.10 petang dan keseluruhan struktur menara musnah, menurut Bomba dalam satu kenyataan. — DayakDaily