Oleh Chris Bishop
KUCHING, NOVEMBER 26: Dua bidang ekonomi baharu, pembinaan loji pengeluaran gas methanol dan hidrogen bakal memberi pendapatan tambahan kepada Sarawak.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kajian menyeluruh telah pun dilakukan terhadap kedua-dua bidang tersebut termasuk perolehan di masa akan datang.
Menurut beliau, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES) telah diberi tanggungjawab untuk menerokai dan memajukan kedua-dua bidang ekonomi terebut.
āPengeluaran gas hidrogen adalah sumber pendapatan baharu kepada Negeri Sarawak.
āIa adalah satu langkah berani dan kita mengeluarkan hidrogen dari sumber air.
āBermakna kita mendapat bayaran royalti dari permintaan sumber air selain pendapatan tambahan dari cukai jualan,ā katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-47 PPES di sini, malam tadi.
Tambah beliau, hidrogen yang dikeluarkan telah menarik minat beberapa negara luar dan ini memberi galakan untuk Sarawak terus menerokai bidang tersebut.
Mengenai loji pengeluaran Methanol pula, Abang Johari berkata kelebihan memiliki sumbar gas metahanol yang banyak samada di perairan dan daratan harus dimanfaatkan.
Pada Mei 2019, Sarawak telah melancarkan loji pengeluaran hidrogen bersepadu pertama di Asean yang terletak di Kuching.
Manakala, majlis pecah tanah loji methanol yang terletak di Tanjung Kidurong, Bintulu telah disempurnakan pada September 2019.
Terdahulu, Pengerusi PPES Tan Sri Abdul Aziz Husain dalam ucapan berkata perbadanan akan menandatangi prjanjian dengan agensi pembekal bas hidrogen di rantau ini.
Beliau berharap bas hidrogen ini dapat beroperasi sepenuhnya sebelum berakhir tahun ini.
āDi samping itu, kita juga akan menguruskan Komplex Pemprosesan Methanol dan Cadangan Projek Pengeluaran Kaca.
āKedua-dua projek ini bakal memberi impak yang signifikan kerana melibatkan modal yang besar sekaligus membantu meningkatkan ekonomi negeri,” katanya.
Tambah Aziz, PPES juga trlibat dalam projek pengangkutan awam di Bandar Kuching iaitu projek āAutonomous Rail Transitā atau sistem ART.ā DayakDaily