Oleh Brad Rantayy
MIRI, 10 April: Tidak sampai empat hari selepas sebuah bangunan sub stesen telekomunikasi dipecah masuk di Sepupok Niah dengan nilai kerugian RM15,000, lima lelaki warha tempatan berjaya ditahan dalam satu operasi dinamakan ‘Ops Lusuh’.
Kesemua suspek ditahan berhadapan sebuah kedai makan di Niah pada Jumaat sekitar jam 3.30 petang.
Tangkapan dilakukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian.
Difahamkan kehilangan peralatan tersebut disedari semasa pemeriksaan rutin dilakukan pada 4 April. — DayakDaily
Advertisement