Tak cukup mengamuk gertak keluarga, pemuda ugut letak racun ditahan polis

Suspek (tengah) ditahan untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 10 April: Perbuatan seorang lelaki mengugut meletakkan racun pada makanan orang tuanya selepas mengamuk di sebuah rumah panjang di Sungai Kelitang Bekenu pada Jumaat , membawa padah apabila dia ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi itu, suspek berusia 34 tahun itu secara tiba-tiba berang apabila bapanya menolak permintaannya untuk mendapatkan wang tunai.


Dalam kejadian, pengadu sempat menyelamatkan diri dan lari ke Balai Polis Bekenu.

Suspek dikatakan telah mengamuk menggunakan senjata tajam dan mengugut meletakkan racun ke dalam beras yang disimpan di bahagian rak dapur ‘bilik’ keluarganya.

Bertindak daripada laporan itu, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri menangkap suspek kurang dua jam selepas dimaklumkan kejadian.

Suspek telah ditahan dan dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Mohd Sabri Zainol mengesahkan tangkapan.

Kea disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. — DayakDaily