Op Selamat Ke-19 mulai 18 hingga 27 Jan

PDRM logo

KUCHING, 18 Jan: Polis akan mengadakan satu Operasi Khas ‘Op Selamat Ke-19’ sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2023.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, operasi diadakan selama 10 hari mulai 18 sehingga 27 Jan 2023.

“Tumpuan Op Selamat ke-19 sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2023 adalah di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran.

“Ini terutamanya di kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan kesesakan lalulintas dan juga kawasan perumahan dan penempatan orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Azman, jumlah lokasi rondaan operasi jalanraya bagi Sarawak adalah sebanyak 56 lokasi yang kerap berlaku kemalangan jalanraya.

Katanya, operasi bertujuan untuk menurunkan kadar kemalangan jalanraya di sepanjang tempoh perayaan ini.

“Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan lalulintas.

“Mewujudkan rasa selesa dan selamat di kalangan pengguna jalanraya iaitu dengan meletakkan Pegawai dan Anggota Polis di 56 lokasi terpilih laitu yang sering berlaku kemalangan jalanraya,” katanya. — DayakDaily