Lima lelaki pecah rumah diberkas

Polis menahan kesemua suspek untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 4 Sept: Misteri kehilangan sebuah tangga aluminium dan pam air dari sebuah rumah di Desa Senadin pada Isnin lalu terungkai dengan penahanan lima lelaki petang semalam.

Kesemua suspek berusia sekitar 21 sehingga 33 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri dalam satu operasi pada Jumaat.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, tangkapan dilakukan di beberapa lokasi sekitar Tudan Desaras dan di kawasan Jalan Lutong-Kuala Baram bermula jam 2.30 petang sehingga 3.45 petang.

Polis turut merampas sebuah motorsikal dipercayai telah digunakan dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 30 Ogos itu.

Difahamkan, kejadian disedari pemilik rumah berusia 29 tahun apabila dia hendak menggunakan tangga aluminium dan pam air tersebut.

Pengadu berasa curiga apabila kedua-dua barangan tersebut telah tiada yang kebiasaannya diletakkan di tepi luar rumah.

Pemeriksaan kamera litar terutup yang dipasang pada rumah mangsa mendapati dua lelaki yang tidak dikenali telah memanjat pagar rumahnya dan melarikan tangga aluminium dan pam air tersebut dengan menaiki sebuah motorsikal.

Anggaran kerugian dianggarkan sekitar RM1,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. — DayakDaily