KUCHING, 7 Feb: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan bahawa Kaunter Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Cawangan Bintulu akan beroperasi semula mulai esok, 8 Februari.
LHDNM menerusi kenyataan berkata, waktu operasi adalah dari 8 pagi hingga 1 petang pada Isnin hingga Jumaat.
Pelanggan-pelanggan yang hadir ke pejabat LHDNM disarankan untuk memastikan segala Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan Penularan Wabak Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan sentiasa dipatuhi bagi memastikan penularan wabak tersebut dapat dibendung.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.