MIRI, 22 Nov: Dua kenderaan pacuan empat roda dilaporkan bertembung semalam di Jalan Beluru Bakong, menyebabkan seorang penumpang lelaki berusia 47 tahun maut serta merta.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, pihaknya dimaklumkan kejadian pada jam 4.30 petang Isnin.
Ujarnya, kejadian melibatkan sebuah Toyota Hilux dan Nissan Navara.
“Kejadian dilercayai berlaku apabila Nissan Navara yang datang dari arah Long Lama ke Miri hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu bertembung dengan Toyota Hilux,” ujarnya.
kedua-dua pemandu,masing-masing berusia 41 dan 65 tahun itu terselamat dan mengalami kecederaan pada badan.
“Penumpang di dalam kenderaan kenderaan jenis Nissan Navara telah meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Miri,” Alexson berkata.
Satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily