KANOWIT, 23 Julai: Seorang lelaki nyaris maut apabila belakang badannya tertembak busur senapang ikan semalam.
Lelaki berusia 25 tahun itu dipercayai melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan senapang ikan semasa kejadian tersebut berlaku.
Ekoran itu, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Kanowit untuk mendapatkan rawatan.
Sekitar jam 9.11 malam, anggota dari Balai Bomba Kanowit menerima panggilan kecemasan membantu memotong busur ikan tersebut dari belakang badan mangsa.
Lima anggota Bomba diketuai Labang Bunsu berjaya memotong busur tersebut menggunakan peralatan khas.
Mangsa kemudian diserahkan kepada Unit Kecemasan Hospital Kanowit untuk rawatan lanjut. — DayakDaily