Suspek pecah rumah kediaman pegawai tadbir Adun Piasau ditahan polis

Suspek pecah rumah ditahan.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 23 Julai: Polis menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah pegawai tadbir kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau (Adun Piasau) Datuk Sebastian Ting di Taman Yakin baru-baru ini.

Penahan suspek dilakukan kurang empat jam selepas laporan mengenai kejadian dibuat pada Khamis.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, suspek berusia 20 tahun itu ditahan di Jalan Pujut Corner sekitar jam 4.45 petang.

Melalui pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) rumah mangsa, suspek dilihat telah masuk ke rumahnya dan tertinggal kasut di lokasi kejadian.

Polis turut merampas beberapa barangan daripada suspek antaranya dua pasang kasut sukan, baju sejuk, beg sandang, topi dan sehelai seluar jeans.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. — DayakDaily