Lelaki maut, SUV terbabas ke dalam gaung di Bintulu

Mangsa dikeluarkan anggota Bomba dari dalam keretanya.

BINTULU, 12 Julai: Seorang lelaki meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Bintulu-Miri hari ini.

Mangsa dikenali sebagai S. Ganapathy Sundaraj, berusia 50 tahun, difahamkan merupakan seorang pengurus sebuah hotel semasa kejadian memandu sebuah kereta jenis Kenderaan Utili Sukan (SUV).

Jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung di tepi jalan raya tersebut.


Menurutnya, anggota dari Balai Bomba Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa dari dalam keretanya.

Sebaik sahaja dikeluarkan, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. — DayakDaily