Lelaki mati dipercayai akibat ditembak polis

Keadaan kereta yang dipandu lelaki selepas merempuh beberapa buah kereta lain.

KUCHING, 15 Dis: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia dipercayai akibat ditembak polis di Jalan Simpang Tiga, di sini sekitar jam 7 lebih malam tadi.

Difahamkan suspek dikatakan cuba melanggar anggota polis ketika cuba ditahan untuk pemeriksaan menyebabkan anggota terpaksa melepaskan tembakan.

Siasatan lanjut oleh polis masih dijalankan. — DayakDaily