Lelaki hilang semasa mandi ditemui mati lemas

Mayat mangsa ditemui mati lemas.

BINTULU, Julai 28: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semas mandi di Sungai Sebauh di sini pada Khamis lepas telah ditemui mati lemas.

Mayat mangsa, David Hidup, 36, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 8.30 pagi, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira dua kilometer ke hulu sungai dari lokasi mangsa dikatakan hilang sebelum ini.


Katanya, mayat mangsa ditemui di kawasan air sungai yang berpusar.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti kilang DD Pelita Pandan, Sebauh untuk tindakan selanjutnya.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum diserahkan kepada waris mangsa,” katanya di sini hari ini.

Tiong menambah, operasi SAR yang memasuki hari ketiga ditamatkan sejurus mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis.

DayakDaily sebelum ini melaporkan seorang lelaki dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas dikatakan hendak mandi di Sungai Sebauh di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa dilaporkan hilang selepas turun ke dalam sungai berkenaan.

Menurut saksi, sebelum kejadian itu, mangsa dikatakan membuka pakaian dan kasutnya sebelum terus berjalan menuju sungai.

Bagaimanapun, kelibat mangsa terus hilang dan dia tidak muncul di permukaan sungai selepas itu.

“Panik melihat kejadian itu, saksi kemudian menghubungi pihak bomba untuk tindakan selanjutnya.Ā ā€” DayakDaily