Lelaki warga Myanmar jatuh di Pulau Salak, ditemui mati

Mayat mangsa dibawa ke jeti untuk tindakan selanjutnya.

KUCHING, 17 Mac: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warganegara Myanmar yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Salak sejak Rabu lalu ditamatkan selepas mayat mangsa dijumpai hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mayat mangsa dijumpai kira-kira 7.3 kilometer dari Jeti Perikanan sekitar jam 1.05 petang.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 3 petang.

Mangsa, Win Myat Thu berusia 19 tahun dilaporkan hilang selepas dikatakan terjatuh dari atas tempatnya bekerja sekitar jam 1.23 petang hari Rabu.

Operasi SAR dilancarkan sebaik sahaja laporan dibuat. — DayakDaily