Lelaki acu pisau di Satok, dirujuk ke Hospital Sentosa

Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.
Advertisement

KUCHING,17 Sept: Seorang lelaki ditangkap polis dan terpaksa dirujuk ke Hospital Sentosa kerana dipercayai mengalami masalah mental.

Lelaki berusia 44 tahun itu dikatakan tiba-tiba mengacu senjata pisau ke orang awam di kawasan Satok sekitar jam 12 tengah hari.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata suspek kemudian ditangkap untuk siasatan lanjut.

Advertisement

“Disahkan kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari dan suspek warga tempatan berumur 44 tahun telah ditahan dan dihantar ke hospital mental.

“Suspek dihantar untuk rawatan dan pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan. — DayakDaily

Advertisement