Layang-layang kuning punya pasal, 5 remaja di antara 7 ditahan di Tudan

Tiga daripada tujuh suspek (berdiri barisan depan tengah) ditahan polis Miri pada Sabtu susulan sebuah video pergaduhan tersebut tular sejak petang Jumaat (4 Jun, 2021).

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 6 Jun: Kekecohan tercetus pada petang Jumaat di Tudan di sini angkara berebut sebuah layang-layang berwarna kuning.

Satu video yang memaparkan kejadian telah menjadi tular di media sosial.


Kejadian dilaporkan berlaku di belakang sebuah bangunan kedai di Tudan sekitar jam 5.55 petang.

Susulan kejadian, seramai tujuh lelaki warga tempatan termasuk lima remaja ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Tangkapan dilakukan pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (IPD) Miri dalam satu operasi namakan Ops Cantas pada tengahari Sabtu berhubung kejadian.

Kesemua suspek berusia antara 16 sehingga 23 tahun ditahan di beberapa lokasi di Tudan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Sabri Zainol, kesemua suspek juga dikompaun RM1,500 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). — DayakDaily