Berang gara-gara gagal dapatkan wang dari ibu, lelaki ditahan polis

Suspek (tengah) ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 14 Ogos: Berang selepas permintaannya untuk mendapatkan sejumlah wang dari ibunya gagal, seorang lelaki bertindak memecahkan cermin tingkap kereta milik wanita itu menggunakan sebuah exzos motorsikal.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuat flat di Lorong 10 Bandar Baru Permyjaya, Tudan  pada petang Khamis lepas.


Susulan kejadian, satu laporan polis telah dibuat oleh ibu suspek.

Bertindak atas laporan itu, pihak polis pada malam Khamis telah menahan suspek berusia 21 tahun itu untuk siasatan lanjut.

Tangkapan dilakukan sekitar jam 8.15 malam di kediaman ibu mangsa di sebuah unit flat Lorong 10 Bandar Baru Permyjaya Tudan.

Difahamkan, ini bukan kali pertama suspek mengamuk setiap kali permintaannya untuk mendapatkan wang dari ibunya tidak dituruti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, suspek kini sedang ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. — DayakDaily