KPDNHEP: Bekalan telur ayam pulih beberapa minggu lagi

Gambar fail untuk tujuan ilustrasi sahaja. Foto: Pixabay

KUCHING, 29 Jan: Jumlah pengeluaran telur ayam sehari bagi Sarawak seperti yang direkodkan pada hari ini ialah 1,601,324 biji.

Unit bekalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan berkata, jumlah pengeluaran di Kuching ialah 785,304 biji, Sarikei (5,520), Sibu (710,000).

Manakala di Miri ialah 96,000 biji dan di Lawas sebanyak 4,500 biji.


“Pengurangan bekalan telur ayam ke daerah Miri dan Limbang adalah berikutan permintaan yang tinggi dari pengguna dan juga disebabkan musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang.

“Pembekal telur ayam sekitar Kuching, Sibu dan lain-lain daerah telah dimaklumkan agar membekalkan bekalan telur ayam seperti biasa,” katanya.

KPDNHEP juga memaklumkan bahawa pembelian panik oleh org awam juga adalah salah satu punca kekurangan bekalan telur ayam.

Kementerian menjangka bekalan akan pulih dan kembali seperti biasa dalam beberapa minggu lagi. — DayakDaily