Tiada masalah bekalan telur di Sarawak sepanjang ramadan – KPDN

Mathew (kanan) semasa lawatan dan pemeriksaan ke Bazar Ramadan Satok.

KUCHING, 4 April: Tiada masalah bekalan telur di Sarawak sepanjang bulan Ramadan sehingga perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Mathew Dominic Barin berkata, bekalan makanan keperluan asas pada masa kini adalah mencukupi.

“Tiada masalah berkaitan telur dan makanan asas setakat ini.


“Kalau ada boleh ajukan kepada Kementerian,” katanya ketika ditemui semasa lawatan dan pemeriksaan ke Bazar Ramadan Satok hari ini.

Tambah Mathew, Pegawai KPDN akan sentiasa memantau situasi bekalan setiap hari di seluruh negeri.

Berhubung isu lain, beliau berkata tiada bazar Ramadan diarahkan tutup setakat ini. — DayakDaily