Kontraktor Lebuhraya Pan-Borneo digesa menyediakan, memastikan petanda arah berfungsi

Petanda jalan yang tidak berfungsi di satu lencongan di KM70 Jalan Kuching-Sri Aman telah menyebabkan kemalangan jalan raya mengakibatkan kereta jenis Toyota Fortuner terbalik.

KUCHING, Sept 10: Seorang guru yang berasal dari Saratok menyeru agar pihak kontraktor Lebuhraya Pan-Borneo menyediakan penanda-petanda arah yang tepat dan memastikan petanda-petanda tersebut sentiasa berfungsi.

Menurut guru tersebut, Billy Labau, 52, serta keluarga telah terlibat dalam kemalangan jalanraya di KM70 Jalan Kuching/ Sri Aman pada jam 6.30 pagi Sabtu lepas, sebab petanda arah yang tidak berfungsi.

ā€œKemalangan berlaku apabila kereta saya sedang menuruni bukit serta melalui satu selekoh. Tiba-tiba kenderaan yang saya pandu telah hilang kawalan serta telah terbabas disebelah kiri dan terbalik keempat-empat tayar keatas.


ā€œAkibat daripada kemalangan itu, kenderaan saya telah mengalami kerosakan teruk terutama pada bahagian depan dan bahagian atas, cermin besar depan pecah dan lain-lain kerosakan yang saya belum pasti lagi.

ā€œPada masa kemalangan itu, keadaan cuaca baik tapi masih gelap. Akan tetapi penanda arah jalan masa itu tidak berfungsi,ā€ jelas Billy kepada DayakDaily hari ini.

Kereta Billy, sebuah 4WD jenis Toyota Fortuner, yang terbalik akibat kemalangan di KM70 Jalan Kuching-Sri Aman. Walaupun demikian, beliau bersyukur sebab beliau dan tiga ahli keluarganya terselamat.

Walaupun demikian, beliau dan tiga orang penumpang lain tidak mengalami kecederaan.

ā€œTetapi saya memohon diperbanyakan tanda amaran serta penanda arah yang berfungsi. Jangan membuat sebarang lencongan di tempat yang berbahaya,ā€ ujar beliau.

Billy juga berharap pihak terbabit memperbesarkan jalan raya jika perlunya membuat lencongan jalan ketika pembinaan seperti projek Lebuhraya Pan-Borneo sekarang.

ā€œSyarikat pembinaan terbabit harus bertanggungjawab terhadap pengguna jalan raya jika ada berlaku sebarang kemalangan. Dan diharapkan, dipercepatkan lagi pembinaan kerana banyak menyusahkan rakyat,ā€ tambah Billy.

Sementara itu, isteri Billy, Mary Fatimah menyifatkan pengalaman kemalangan tersebut sangat menakutkan sebab pelbagai andaian boleh berlaku.

ā€œKami semua sangat panik tetapi kami bersyukur kepada Tuhan karana kami semua selamat walaupun kereta kami mengalami kerosakan yang teruk,ā€ tambah Mary. ā€” DayakDaily