KKM Laksana raptai logistik vaksin Covid-19 ke Belaga

Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom ketika sidang media selepas melancarkan Pelan pencegahan Rasuah Organisasi Kementerian Utiliti 2021-2025 dan Sistem e-Utiliti di Menara LCDA di Kuching

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 28 Jan: Satu raptai logistik bagi penghantaran Vaksin Covid-19 yang dibekalkan Pfizer BioNTech ke daerah Belaga esok (29 Jan) bagi menguji kesinambunhgan suhu penyimpanan di bawah negatif 70 darjah celcius ketika proses penghantaran di lakukan.

Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom menjelaskan bahawa raptai tersebut tidak akan melibatkan vaksin sebenar sebaliknya ia akan digantikan dengan cecair Saline bagi diangkat pada jarak dan suhu terbabit.


Menurut beliau, raptai tersebut akan dilakukan oleh Kementeriuan Kesihatan Malaysia (KKM) dan Belaga menjadi salah satu daerah yang dipilih KKM bagi tujuan tersebut.

“Mereka (KKM) ingin mengetahui jika kita dapat mengekalkan suhu tersebut iaitu di bawah negatif 70 darjah Celcius ketika perjalanan dari Lapangan Terbang Bintulu hingga ke Belaga.

“Ini bagi apabila Vaksin tersebut tiba dan raptai ini dapat membuktikan kita berjaya mengekalkan suhunya, maka kita akan menggunakan situasi sama di Belaga ini untuk ke kawasan lain seperti Baram dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pelan pencegahan Rasuah Organisasi Kementerian Utiliti 2021-2025 dan Sistem e-Utiliti di Menara LCDA di sini hari ini.

Beliau berkata jarak perjalanan dari Lapangan Terbang Bintulu ke Belaga yang mengambil masa antara tiga hingga empat jam berupaya menjadi penanda aras untuk menentukan sama ada di bawah situasi sama pihak KKM dapat menghantar Vaksin tersebut dengan selamat.

Katanya, Malaysia bakal menerima bekalan satu juta dos vaksin dari Pfitzer BioNTech untuk di bekalkan keseluruh negara.

“Belaga bukan satu-satunya kawasan yang akan dibekalkan dengan vaksin tersebut dan secara beperingkat akan ada lebih banyak kawasan lain yang terlibat. Pada ketika ini Belaga menjadi lokasi pertama untuk menguji sama ada KKM boleh mengekalkan kesinambungan suhu vaksin tersebut ketika penghantaran,”

Dr Rundi berkata hanya vaksin yang dikeluarkan oleh Pfitzer-BioNTech perlu disimpan pada suhu negatif 70 darjah celcius manakala vaksin yang di keluarkan oleh China hanya memerlukan penyimpanan dalam suhu bilik.

Jelasnya, Malaysia turut memesan Vaksin Covid-19 daripada enam syarikat farmasutikal lain bukannya hanya menerusi Pfitzer-BioNTech sahaja.

Masyarakat dalam pada itu katanya tidak perlu risau bahawa vaksin berlainan akan mempunyai keberkesanan berbeza memandangkan tujuanya adalah untuk meningkatkan iminusasi dan antibodi penerima vaksin berkenaan. — DayakDaily