Kerana hutang, abang tergamak pukul adik sendiri

Suspek (lima dari kiri,barisan depan) ditahan untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 29 Julai: Kerana duit, seorang pemuda disyaki telah memukul adik lelakinya menggunakan besi kereta sorong sehinga pengsan pada Rabu.

Difahamkan, mangsa berusia dalam 20-an itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri.

Sehingga kini, mangsa dilaporkan masih tidak sedarkan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, sebelum kejadian, suspek berusia 29 tahun itu telah mengunjungi bilik sewa mangsa untuk memungut sejumlah wang yang dikatakan telah dipinjamnya.

Namum , semasa pertemuan itu, berlaku salah faham diantara suspek dan mangsa sehingga mencetuskan pergaduhan, apabila mangsa mengatakan jumlah wang yang dipinjam itu telah langsai.

“Tangkapan dibuat sekitar jam 11.50 malam Rabu di Morsjaya Commercial Centre susulan satu laporan mengenai kejadian dibuat,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat. — DayakDaily