Kelisa terbalik dalam parit, dua wanita nyaris maut di Spaoh

Keadaan Kelisa yang terbalik di dalam parit.
Advertisement

SPAOH, 4 Mei: Dua wanita nyaris maut apabila kereta Perodua Kelisa yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di dalam parit di Jalan Bebuling, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8.53 malam tadi.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong terus ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta Kelisa yang terbalik di dalam parit.

Advertisement

“Bagaimanapun, kedua-dua wanita iaitu pemandu dan penumpang kereta berjaya mengeluarkan diri dari dalam kereta dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Bomba menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan tiada lagi mangsa di dalamnya.

Pasukan Bomba kemudian berangkat pulang ke balai pada sekitar jam 9.05 malam. — DayakDaily

Advertisement