Kebakaran musnahkan tiga blok bangunan sekolah di Daro

Kebakaran di awal musnahkan tiga blok bangunan tidak kekal di SK Campuran Daro.

DARO, 6 Mac: Tiga blok bangunan di sekolah Kebangsaan (SK) Campuran Daro musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakab Operasi Jabantan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM)Sarawak berkata dalam kejadian terbabit, ketiga-tiga blok bangunan jenis tidak kekal sekolah itu musnah 100 peratus.

“Kita mendapat maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 6.44 pagi dan mengarahkan keluaran Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Daro untuk ke lokasi kejadian.


“Jarak kawasan kejadian dengan balai bomba terdekat iaitu BBP Daro adalah 1.2 kilometer,”katanya merusi satu kenyataan hari ini.

Beliau bekKata, pihak bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengawal kebakaraan terbabit yang memusnah Bangunan menyimpan buku teks dan bilik mesyuarat, bangunan kuaters Guru dan bangunan stor sekolah terbabit.

Katanya, Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu kerana sekolah terbabit masih belum beroperasi sesulan arahan penanguhan pembukaan sesi persekolah sehingga 14 Mac ini oleh JawatankuasanPengurusan Bencana Negeri SDMC.

“Jumlah kerugian yang terlibat dan punca kejadian kebakaran tersebut masih dalam siasatan,” katanya. -DayakDaily