Keadaan tegang tercetus di sebuah ladang sawit, situasi kembali tenang selepas kehadiran polis

Gambar yang tular dalam media sosial hari ini.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SIMUNJAN, Julai 2: Keadaan tegang dilaporkan berlaku di sebuah kawasan ladang sawit di Simunjan hari ini.

Kejadian tegang berkenaan dilaporkan tercetus akibat ketidakpuasan hati pekerja ladang sawit warga Indonesia yang mendakwa penduduk kampung memukul rakan mereka.

Menurut sumber, insiden berkenaan dipercayai tercetus selepas orang kampung dikatakan masuk ke ladang berkenaan untuk mengambil buah sawit.


Katanya, susulan tindakan penduduk kampung yang memasuki kawasan ladang tanpa kebenaran, akhirnya dikatakan berlaku pergaduhan antara mereka.

“Difahamkan kejadian itu turut mengakibatkan beberapa buah motosikal dibakar.

“Bagaimanapun, setakat ini difahamkan keadaan kembali tenang,” katanya di sini hari ini.

Sumber menambah, pihak polis juga telah ke kawasan kejadian untuk mengawal situasi.

Kes berkenaan, katanya, masih lagi dalam proses siasatan polis. — DayakDaily