Kawasan ‘lockdown’ Sibu Jaya sumbang lebih 70 peratus kes Positif Covid-19 baharu di Sibu

Sarawak Covid-19

SIBU, 17 Feb : Lebih 70 peratus kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan di Sibu pada hari ini berasal daripada kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD) atau ‘Lockdown’ di kawasan Sibu Jaya

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dr Annuar Rapiee berkata, kawasan tersebut pada hari dilaporkan merekod sebanyak 77 kes baharu dengan 74 kes daripada berasal dari kawasan Flat Sibu jaya yang dikenakan perintah ‘lockdown’

“Tiga kes yang iaitu dua kes lagi berada di kawasan Rumah Teras C dan satu lagi di kawasan Rumah Teres D. ini berkmaksud hampir keseluruhan iaitu 74 kes berada di kawasan yang di kenakan perintah Lockdown di kawasan tersebut,” katanya pada siaran langsung menerusi laman facebook beliau di sini hari ini.


Katanya, daripada 20 blok flat terbabit, blok N merekod penambahan kes tertinggi iasitu sebanyak 36 kes positif baharu pada hari ini.

Justeru, penghuni di blok terbabit diminta untuk terus berada di dalam rumah mereka serta mengurangkan kontak rapat dengan jiran masing-masing.

Beliau berkata, sehingga kini sejumlah 5,198 ujian saringan telah dilakukan di kawasan tersebut dengan 220 daripanya didapati positif, 4,358 memperolehi keputusan negatif dan 620 lagi masih menunggu keputusan.

“Daripada ujian saringan ini, kadar positifnya adalah pada 4.8 peratus. kadar ini belum mencukupi tahap yang ditetapkan oleh pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) iaitu pada kadar lima peratus.

“Kita belum lagi berpuas hati dengan keputusan tersebut, jadi sebab itu kita terus menjalankan ujian saringan di kawasan tersebut untuk hari ini dan esok (18 Feb),” katanya.

Dr. Annuar dalam pada itu turut menasdihati penduduk di kawasan terbabit untuk terus tampil menjalani ujian saringan terbabit bukan menyembunyikan diri atau melarikan diri mereka.

Ini kerana tindakkan tersebut bukan sahaja mendedahkan mereka kepada jangkitan Covid-19 tetapi juga berpontensi menjangkiti orang sekeliling termasuk ahli keluarga terdekat mereka.

“Kepada mereka yang pernah menjadi kontak rapat kepada kes positif atau berada di kawasan dikenakan ‘lockdown’, janganlan bersembunyi, tampil untuk jalani saringan terbabit.

“Jika anda bersembunyi, anda bukan sahaja membahayakan orang sekeling serta diri anda sendiri malah turut menyukarkan usaha untuk membendung dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di Daerah sibu ini,” katanya,