Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai RM32,500

Rokok pelbagai jenama yang dirampas.

MIRI, Sept 25: Bahagian penguatkuasaan Jabatan Kastam telah melakukan serbuan dan merampas rokok dan minuman keras pelbagai jenama di tiga tempat berasingan, semalam.

Pengarah Kastam Sarawak, Dato Sharifah Halimah Tuanku Taha, berkata dalam serbuan itu, pihak Kastam berjaya merampas 53,012 batang rokok dan 2009.40 liter minuman keras.

Jelasnya, pihaknya juga berjaya merampas sebuah kenderaan bernombor pendaftaran asing yang dipercayai tiada memiliki pas kenderaan di Miri.


Kotak minuman keras yang disembunyikan sebelum dirampas.

“Anggaran rampasan adalah sebanyak RM32,546.16 dan jumlah cukai sebanyak RM90,296.67 bagi kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sharifah Halimah menambah, semua kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967. — DayakDaily