Dua lori sarat 710 karton Stout tanpa cukai tumpas

Sebanyak 710 karton Stout dirampas.

MIRI, 22 Feb: Cubaan menyeludup minuman keras dalam botol jenis Guiness Foreign Extra Stout tidak bercukai yang sarat dibawa dua lori pada pagi Selasa berjaya ditumpas Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, kedua-dua pemandu lori tersebut kini sedang ditahan bagi membantu siasatan.

Ujarnya, kedua-dua lori itu ditahan dalam satu pemeriksaan yang dilakukan sekitar jam 11 pagi di dua lokasi berasingan dalam Ops Kontraban.


sebanyak 710 karton stout ditemui daripada dua buah lori berkenaan.

Semasa pemeriksaan lanjut, kedua-dua pemandu lori telag gagal mengemukan dokument atau permit daripada pihak Kastam untuk membawa muatan tersebut.

“Lori pertama ditahan di Jalan Miri By-pass ,manakala yang satu lagi di tepi Jalan Bakam sebelum lampu isyarat Masjid Istiqamah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Alexson berkata, barang rampasa ternasuk minum tanoa cukai dan dua buah lori dianggarkan bernilai RM 281,320.00.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967. ā€” DayakDaily