JTS Kuching ditutup sementara untuk proses sanitasi

Land and Survey Department

KUCHING, 17 April: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Kuching akan menutup sementara operasi pejabatnya di Jalan Badruddin di sini pada Isnin (19 April) dan Selasa (20 April) ini.

JTS menerusi satu kenayataan hari ini berkata, penutupan sementara itu dilakukan sebagai langkah keselamatan dan kesihatan bagi pengunjung dan kakitangan JTS Bahagian tersebut.

Katanya, penutupan itu juga bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.


“Oleh yang demikian, segala urusan berkaitan dengan urusan bayaran cukai tanah, premium tanah dan sebagainya bolehlah dibuat secara atas talian iaitu melalui e-Lasis dan Mobile Lasis.

“Aplikasi tersebut boleh dimuat turun Google Play atau Application Store pada telefon pintar atau komputer anda,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan dengan perkhidmatan terbabit boleh berhubung terus dengan JTS di talian 082-444111 atau email ke landsurvey@sarawak.gov.my. — DayakDaily