Jalan sehala ke Lundu di lokasi Kampung Sibuluh dibuka sementara

Notis pemberitahuan pembukaan sementara jalan sehala ke Lundu.
Advertisement

KUCHING, 7 Feb: Jalan sehala ke Lundu di lokasi Kampung Sibuluh di Bau Interchange dibuka sementara selama seminggu mulai 8 hingga 14 Februari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi satu notis pemberitahuan hari ini berkata, ia sempena Perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut pada Sabtu ini.

Justeru, pengguna jalanraya disarankan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak memotong demgan had laju yang disediakan ketika melalui kawasan pembinaan. — DayakDaily

Advertisement
Notis pemberitahuan pembukaan sementara jalan sehala ke Lundu.
Advertisement