Impak terhadap industri pelancongan hanya sementara — Abdul Karim

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyerahkan replika cek untuk disumbangkan kepada Masjid dan surau di kawasan Asajaya kepada Menteri Perlancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah selapas menunaikan Solat Jumaat di Masjid An-Najah, Asajaya

KUCHING, Okt 2: Tindakan kerajaan Sarawak menutup sempadannya bermula 4 hingga 18 Oktober depan sedikit sebanyak akan memberikan impak terhadap industri pelancongan domestik di negeri itu.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pengusaha industri pelancongan tidak perlu panik dengan tindakan tersebut yang membawa kepada kurangnya kemasukan pelancong ke negeri ini.

Sekatan itu, katanya tidak akan memberikan kesan teruk kepada sektor pelancongan domestik memandangkan ia hanya bersifat sementara bagi membendung penularan COVID-19 yang menunjukkan peningkatan ketara.


“Kita sudah melalui proses ini tiga, empat bulan yang lepas dan kita kembali kepada proses yang dulu dalam menghadapi dan memerangi wabak COVID-19 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat dan di Masjid An-Najah, Asajaya.

Pada majlis selepas solat Jumaat tersebut, Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud turut berkenaan menyumbangkan RM100,000 bagi membantu masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya. — DayakDaily