Ikon ‘Sayangi Miri’ bakal menjadi tarikan pelancong

Presiden NSJA Andy Jong (paling kiri) bersama Chai Choon Chin(dua dari kiri) melawat ke tapat projek CSR NSJA semalam.Projek mega pertama yang diusahakan NSJA itu menelan kos sebanyak RM45,000 dan dijangka siap bulan depan.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 5 Ogos: Projek mega Tangungjawab Sosial Korporat (CSR) pertama Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) mewujudkan satu ikon untuk Bandaraya Miri dengan slogan ‘Sayangi Miri’ telah memulakan kerja di tapak pembinaan Jalan Kingsway di sini minggu lalu.

Dengan kos sebanyak RM45,000.00, Ikon dengan slogan ‘Sayangi Miri” dengab ketingian 170 inci dan lebar 276 inci ini, dibina beserta lampu LED, dijangka siap pada September depan.

Advertisement

Pengerusi penganjur serta bendahari NSJA Chai Chon Chin berkata ketika ditemui selepas melawat tapak projek yang dilaksanakan oleh persatuan itu, tujuan pembinaan projek pembinaan ikon itu adalah untuk menyumbang kepada masyarakat Miri serta Negeri Sarawak dengan menghasilkan satu ikon projek ‘Sayangi Miri’ di Jalan Kingsway di Bandaraya Miri.

“Candangan ini telah diumumkan dalam satu Majlis sempena sambutan ulang tahun NSJA ke 45 di Mega Hotel Miri pada tarikh November 20, 2019,” ujanya.

Difahamkan pembinaan ini sepatutnya bermula pada tahun lepas, namun kekangan daripada pandemik Covid-19 dan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), telah menyebabkan projek ini terpaksa ditangguhkan pada tahun ini.

Untuk makluman, ptojek ini mendapat sokongan penuh dari Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew sebagai penaja utama dengan menyumbangan Rm20,000.00, manakala Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau juga menyumbang Rm10,000.00 dan juga sumbangan dari penderma lain.

NSJA Membangunkan Ikon Sayangi Miri ini juga merupakan satu hadiah ulang tahun Miri yang ke-16 pada tahun ini,dengan mewujudkan satu tarikan “check-in” yang baru di Bandaraya Miri.

Selain daripada itu, bangunan bekas Pejabat Residen Miri yang juga bangunan bekas tinggalan zaman British itu akan dinaik taraf dan dijadikan Muzium Budaya dan Warisan Miri pada masa yang akan datang, kos bagi menaik taraf bangunan ini akan dimasukkan dalam pelan Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12), NSJA mengambil inisiatif CSR untuk menghasilkan ikon di tempat bekenaan harap dapat mempromosikan dan menarikkan pelancong.

Chai berharap dengan terbinanya Ikon ‘Sayangi Miri’ dapat menarik pelancong mengunjungi Bandar Miri, membantu mempromosikan sektor pelancongan dan ekonomi Sarawak, serta mengambil kesempatan ini untuk membantu mempromosikan pembangunan ekonomi perniagaan tempatan. — DayakDaily

Advertisement