HUS kesan waris wanita bernama Bella

Inilah wanita yang masih ditempatkan di HUS.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Nov 6: Hospital Umum Sarawak (HUS) sedang mengesan ahli keluarga atau waris bagi pesakit yang dikenali sebagai Bella.

Kenyataan media dari HUS memberitahu, wanita warga emas berbangsa Bidayuh itu yang tidak mempunyai pengenalan dikatakan berasal dari Singai, Bau.


“Pesakit telah dihantar ke HUS menggunakan ambulans setelah mendapat panggilan kecemasan daripada orang awam di Open Air Market di sini.

“Wanita berkenaan kini ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (Zon Kuning) di HUS,” kata HUS hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali ahli keluarga dan waris pesakit diminta tampil memberi maklumat.

“Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Rachel Lawrence Lendang di talian 082-245045 atau Jabatan Kecemasan dan Trauma (Zon Kuning) di talian 082-276666 dengan kadar segera,” katanya. — DayakDaily