KUCHING, 2 Okt: Hospital Marudi hanya membenarkan hanya seorang penjaga sepanjang tempoh pesakit dimasukkan ke hospital.
Pengarah Hospital Marudi dalam kenyataan berkata, disepanjang tempoh itu penjaga juga tidak dibenarkan untuk bertukar melainkan atas kes-kes yang tidak dapat dielakkan.
“Sekiranya perlu, pengganti penjaga dikehendaki untuk menjalankan swab RTK Antigen atas tanggungan sendiri,” katanya.
Manakala bagi wad bersalin, kes kemasukan yang tidak melibatkan kes kecemasan, swab RTK-Ag hendaklah dilakukan di Unit Kecemasan dan Trauma terlebih dahulu.
Bagi kes kecemasan, pesakit akan dihantar terus ke wad bersalin dan swab RTK Ag akan dilakukan di wad isolasi.
“Semua kemasukan ke wad adalah diwajibkan untuk pengambilan swab RTK Ag.
“Polis amalan baharu bagi pesakit Dan penjaga berkuatkuasa 19 Ogos 2021 menurut kenyataan itu. — DayakDaily