Bomba bantu pindahkan pesakit Covid-19 di Miri

Anggota Bomba membantu memindahkan penduduk rumah panjang yang disahkan positif Covid-19.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


MIRI, 8 Sept: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak hari ini membantu memindahkan penduduk dari dua buah rumah panjang yang positif Covid-19 ke Hospital Umum Miri.

Jurucakap Bomba berkata anggota dari Balai Bomba Lopeng ditugaskan untuk bantuan kemanusian tersebut yang membabitkan Rumah Patrick Libau dan Rumah John Abau Sungai Tangap, Niah.

Turut sama dalam operasi tersebut ialah kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan dua anggota polis.


Operasi yang bermula pada jam 8.30 pagi itu berjalan lancar dan tamat pada jam 4.15 petang. — DayakDaily