Harga runcit petrol RON97 RON95 dan diesel naik

Harga runcit bagi petrol RON 97, RON95 dan diesel dari tempoh 19 Disember hingga 25 Disember depan disiarkan Kementerian Kewangan Malaysia di laman Facebooknya hari ini

KUCHING, 18 Dis: Harga runcit petrol RON 97 dan RON95 akan naik lima sen seliter manakala diesel akan naik tiga sen seliter dari tempoh 19 Disember hingga 25 Disember depan.

Mengikut Kementerian Kewangan Malaysia di laman Facebooknya hari ini, harga runcit petrol RON97 akan naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM2.03 seliter kepada RM2.08 seliter.

Harga runcit petrol RON95 akan naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.73 seliter kepada RM1.78 seliter.


Manakaka harga runcit diesel naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.93 seliter kepada RM1.96 seliter. — DayakDaily