Harga runcit RON97 RON95 Diesel naik

Harga runcit bagi petrol RON 97, RON95 dan diesel akan naik dari 21 November sehingga 27 November depan

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 20 Nov: Harga runcit bagi petrol RON 97, RON95 dan diesel akan naik dari 21 November sehingga 27 November depan.

Mengikut Kementerian Kewangan Malaysia di laman facebooknya hari ini harga runcit RON 97 akan naik sebanyak 2 sen ke paras RM1.94 seliter.

Manakala RON95 juga akan naik sebanyak 2 sen ke paras RM1.64 seliter dan harga runcit diesel akan naik 7 sen ke paras RM1.81 seliter. — DayakDaily