Harga runcit RON97 RON95 dan diesel naik

Harga runcit bagi petrol RON 97, RON95 dan diesel dari tempoh 12 Disember hingga 18 Disember depan

KUCHING, 11 Dis: Harga runcit bagi petrol RON 97, RON95 dan diesel kesemuanya akan naik sebanyak tiga sen dari tempoh 12 Disember hingga 18 Disember depan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di laman sesawangnya treasury.gov.my hari ini harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM2.00 seliter kepada RM2.03 seliter.

“Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.70 seliter kepada RM1.73 seliter dan harga runcit diesel naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.90 seliter kepada RM1.93 seliter,” menurut kementerian itu.

Tambah KKM kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. — DayakDaily