Guna tukul besi serang wanita, seorang lelaki ditahan polis

Suspek (tiga dari kiri, barisan hadapan) ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.

MIRI, 9 Nov: Seorang lelaki warga emas menggunakan tukul besi mencederakan seorang wanita di dalam sebuah premis kedai di Pujut, ditahan polis pada tengahari Isnin.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 10 pagi hari yang sama.

Tangkapan dilakukan kurang satu jam selepas pihak polis menerima lapkrang daripada mangsa yang berusia 56 tahun itu.


Suspek yang juga berusia 56 tahun telah ditahan di sebuah runah di Jalan Padang Kerbau untuk tindakan lanjut.

Turuy dirampas satu batang tukul besi yang disyaki telah digunakan dalam kejadian.

Dalam kejadian pada pagi Isnin itu, mangsa bukan sahaja dipukul menggunakan tukul besi, malah rambutnya ditarik oleh suspek.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan penahanan suspek. ā€” DayakDaily