GBMRM sasar sejuta tandatangan memorandum desak kerajaan batal darurat

Signature. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 21 Feb: Gabungan Bertindak Memerandum Rakyat Malaysia (GBMRM) mensasarkan untuk mendapatkan sejuta tandatangan menjelang 30 Mac, 2021 bagi dipersembahkan untuk kali ke empat kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Ketua kordinator GBMRM Mustapa Mansor berkata, sejuta tandatangan tersebut diperlukan bagi menyokong satu petisyen bagi mendesak kerajaan dibawah Perikatan Nasional (PN) untuk membatalkan deklarasi darurat dan membenarkan Parlimen untuk bersidang semula.

Menurut beliau, kerajaan PN di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melanggar semagat yang termaktup dalam perlembagaan negara dan rakyat di negara ini harus disedarkan mengenai kepincangan tersebut.


“Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menyerahkan kuasa kembali kepada Yang di-Pertuan Agong dengan meletak jawatannya sebagai perdana menteri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mustapa berkata, sehingga kini, pihaknya telah berjaya mengumpul sejumlah 6,500 tandatangan bagi menyokong petisyen tersebut.

Katanya, orang ramai yang ingin menyokong petisyen tersebut boleh berbuat demikian secara atas talian  menerusi pautan https://bit.ly/2ZwRwFV.

“Kami juga telah menggunakan kaedah manual bagi mendapatkan tandatangan di seluruh Malaysia melalui wakil-wakil NGO kita untuk kawasan yang mana internet tidak boleh didapati atau bagi mereka yang tidak tahu cara mengisi borang ini secara online,” katanya. — DayakDaily