Gara-gara ditegur tidak pakai pelitup muka, laki serang pengawal keselamatan

Pengawal keselamatan diserang seorang lelaki yang tiba-toba naik 'minyak' selepas ditegur pengawal keselamatan sebuah pasara raya di Tudan baru-baru ini.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 28 Mei: Susulan satu video yang tular di beberapa buah platform media sosial, menunjukkan dua orang lelaki warga tempatan di lihat bergaduh di hadapan sebuah pasaraya di Miri baru-baru ini, Ibu Pejabat polis daerah Miri hari ini melalui satu kenyataan media, mengesahkan ada berlakunya pergaduhan tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supt Sabri Zainol, rakaman video berdurasi 26 saat itu, salah seorang individu yang dirakam merupakan seorang pengawal keselamatan yang bekerja di pasaraya tersebut.


“Beliau telah tampil dan membuat satu laporan polis pada 26 Mei,” katanya.

Mengikut keterangan pengawal keselamatan tersebut, pada 24 Mei, beliau telah menegur seorang pelanggan lelaki yang tidak memakai pelitup muka yang ingin masuk ke dalam pasaraya.

Pelanggan tersebut tidak berpuas hati dengan teguran itu maka berlakunya pertengkaran yang membawa kepada pergelutan di antara dua pihak.

Walau bagaimanpun pengawal keselamatan itu tidak membuat sebarang laporan polis pada hari kejadian kerana beliau telah dimaklumkan oleh orang awam di sekitar kawasan itu bahawa lelaki tersebut mempunyai gangguan mental serta tidak ingin memanjangkan isu tersebut.

Kejadian itu telah dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan telah menjadi tular pada 26 Mei yang lalu.

Ekoran daripada penularan video tersebut, pihak Polis telah mengesan pengawal keselamatan tersebut di mana beliau telah diminta untuk membuat laporan polis bagi menerangkan kejadian yang sebenar.

Kertas Siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera) ekoran daripada kejadian tersebut dan Kertas Siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya dalam tempoh terdekat.

Pihak Polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah merakam serta menularkan video yang boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Di dalam hal ini, kejadian tersebut dapat dielakkan jika msyarakat di sekitar membantu menenangkan keadaan dan mengelakkan dari ia berlarutan agar semua pihak berganding bahu dalam memastikan ketenteraman awam dapat dikekalkan terutama di dalam situasi pandemik Covid-19. — DayakDaily