Gangguan bekalan air di Sadong Jaya esok

File photo for illustration purposes

KUCHING, Okt 20: Pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja baikpulih kebocoran saluran paip MSCL bersaiz 700mm di Simpang Jemukan akan dilakukan oleh pihak kontraktor pada hari Isnin (Okt 21).

Menurut JBALB dalam satu kenyataan media semalam, saluran paip yang mengalami kebocoran ini membekalkan air ke Tangki Aras Tinggi Sadong Jaya.

Kerja-kerja baikpulih tersebut akan bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang dan akan menjejaskan bekalan air di seluruh Daerah Kecil Sadong Jaya dan kawasan-kawasan berdekatan.


Pihak JBALB Sarawak menasihatkan para pengguna di kawasan yang terjejas untuk membuat simpanan air dan menjimatkan penggunaan air sepanjang tempoh gangguan bekalan air tersebut.

JBALB Bahagian Samarahan sentiasa bersiap sedia untuk membuat penghantaran air ke kawasan yang teruk terjejas dan akan terus memantau rapi keadaan bekalan air dari semasa ke semasa.

Segala perkembangan terkini akan dimaklumkan di laman Facebook rasmi JBALB Sarawak dan Facebook JBALB Bahagian Samarahan.

Para pengguna di Daerah Asajaya dan Sadong Jaya dialu-alukan untuk menghubungi Pejabat JBALB Bahagian Samarahan di talian 082-672 838 dan WhatsApp/SMS ke ‘hotline’ JBALB Bahagian Samarahan di talian 010-282 0750 bagi sebarang aduan dan pertanyaan. ā€” DayakDaily