Fanskick.com taja “Statistic Tools” untuk FAS

Farouk (tiga dari kanan) melakukan simbolik penyerahan tajaan kepada Razali (tiga dari kiri).

KUCHING, Jun 11: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) hari ini menerima tajaan berbentuk “Statistic Tools” daripada Fanskick.com.

“Statistic Tools” merupakan sistem data yang menyediakan data dan statistik berhubung pasukan dan pemain secara terperinci.

Majlis simbolik penyerahan tajaan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Fanskick.com, Farouk Mustaffa kepada Naib Presiden FAS, Razali Dolhan.


Upacara penyerahan tajaan itu telah disaksikan oleh Setiausaha Agung FAS, Jeffery Lana; Pengurus Besar dan Setiausaha Fanskick.com dan Ramesh Ram dan Nazri Ahmad serta ketua jurulatih FAS, Ian Gillan.

Sementara itu, Razali memberitahu, FAS merakamkan penghargaan kepada Fanskick.com atas tajaan tersebut.

Katanya, dengan adanya sistem itu akan membolehkan data serta maklumat terkini mengenai pemain dapat diperoleh secara dalam talian.

“FAS mengucapkan terima kasih kepada Fanskick.com dan kita berharap kerjasama ini akan diteruskan,” ujarnya. — DayakDaily