FAS dakwa wujud ‘tangan ajaib’ lesap dana RM91 juta

Datuk Posa Majais

KUCHING, Jun 11: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) hari ini mendakwa terdapat ‘tangan ajaib’ yang melesapkan dana persatuan berkenaan berjumlah kira-kira RM91 juta sejak 2015 hingga 2016.

Presiden FAS, Datuk Posa Majais yang mendedahkan ‘kehilangan’ dana RM91 juta itu mendakwa wujudnya juga unsur negatif dalam hal berkenaan.

Tegasnya, beliau mahu ‘pihak’ itu agar menghentikan menggunakan nama FAS semata-mata untuk kepentingan peribadi sahaja.


“Ya, betul dana sebanyak kira-kira RM91 juta telah ‘lesap’ oleh ‘tangan ajaib’ sejak 2015 hingga 2016.

“Saya terpaksa membuat pendedahan ini kerana tiada pilihan lain demi maruah dan imej FAS secara keseluruhan dalam usaha kita memartabatkan sukan ini,” katanya di sini hari ini.

Posa menambah, pihaknya juga akan memanjangkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Katanya, tindakan seumpamanya penting untuk membuktikan FAS kekal sebagai badan induk bola sepak yang berintegriti dan bebas dari unsur-unsur rasuah.

“Kita ambil tindakan ini kerana kita ada rekod transaksi pembayaran kepada FAS oleh ‘pihak’ lain. — DayakDaily